Organisasi Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah dan dibantu oleh anggota lain daripada berbagai peringkat kategori jawatan. Klinik-klinik kesihatan diketuai oleh Pakar Perubatan Keluarga dan bagi klinik kesihatan yang tidak mempunyai Pakar Perubatan Keluarga, ia akan diketuai oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga. Manakala unit-unit di bawah pentadbiran PKD Kemaman diketuai oleh Penyelia dan Ketua Unit.
Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman bertanggungjawab di dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitatif.
Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi perkhidmatan kesihatan secara holistik kepada masyarakat daerah Kemaman melalui kerjasama rapat antara pejabat kesihatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta penglibatan masyarakat yang aktif.
Memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan secara professional dan berkualiti
Melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan keperluan pelanggan