Menggunakan Kit Ujian Pantas HIV.
Hanya menggunakan beberapa titisan darah sahaja.
Keputusan saringan siap dalam masa 5 - 20 minit.
Ujian pengesahan akan dibuat.
Kekal "abstinence" sepanjang menunggu keputusan ujian pengesahan.
Jika perlu, gunakan kondom semasa bersama.
Berjumpa dengan doktor semula untuk tindakan selanjutnya.
Kekal "abstinence".
Mengajak pasangan untuk menjalankan ujian saringan HIV.
Mulakan rawatan HAART secepat yang mungkin.
Jika anda melakukan aktiviti berisiko, jalankan saringan HIV setiap 3-6 bulan.
Anda mungkin masih berada dalam "window period" yang menyebabkan ujian HIV masih negatif.
Lindungi diri dengan memakai kondom setiap kali bersama dengan pasangan yang berisiko.