Human Immunodeficiency Virus
Sejenis virus yang menjagkiti manusia melalui CECAIR BADAN dan memusnahkan sistem pertahanan badan manusia
Acquired Immunodeficiency Syndrome.
Peringkat akhir pesakit dengan HIV bilamana ketahanan badan telah lumpuh dan sangat mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
CARA JANGKITAN UTAMA HIV DI MALAYSIA
HUBUNGAN SEKSUAL
(HETEROSEKSUAL/HOMOSEKSUAL)
BERKONGSI JARUM SUNTIKAN
DARIPADA IBU KEPADA ANAK
PEMINDAHAN DARAH ATAU ORGAN
PERUBAHAN LANSKAP JANGKITAN HIV DI MALAYSIA TAHUN 2000-2022
Kes baru pesakit HIV dikalangan pengguna dadah suntikan semakin berkurangan
Peningkatan kes baharu HIV yang mendadak disebabkan oleh hubungan seksual terutamanya hubungan sesama jantina (homoseksual)
Jumlah Virus HIV yang sangat sedikit dalam badan atau hampir tiada menyebabkan risiko jangkitan kepada pasangan atau orang lain adalah sangat rendah
Cara terbaik dalam mencegah penyebaran HIV dan penyakit kelamin yang lain seperti sifilis dan gonorea.
Penggunaan kondom semasa hubungan kelamin bukan sahaja dapat melindungi diri daripada dijangkiti HIV. Malah dapat melundungi diri dari dijangkiti penyakit kelamin seperti sifilis dan gonorea.
Rawatan yang dapat mengurangkan jumlah HIV dalam darah dan seterusnya mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
Saringan HIV disediakan secara percuma di semua Klinik Kesihatan.
Keputusan adalah rahsia dan hanya akan dimaklum kepada pesakit sahaja.
Unit bergerak dalam Daerah Kemaman khusus dalam menjalankan saringan HIV.
Hubungi 011-20684693 untuk membuat temujanji atau pertanyaan.
Persatuan Kebajikan Karisma Malaysia merupakan NGO yang menangani permasalahan dadah dan HIV di Malaysia.
Hubungi 011-25444712 untuk membuat temujanji